Kemas Kelantan sasar Tabika Transit

Anuar bersama kakitangan Kemas daerah Gua Musang.
Anuar bersama kakitangan Kemas daerah Gua Musang.
A
A
A

GUA MUSANG - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan memperkenalkan konsep Tabika Transit, di mana ia akan menyelesaikan masalah ibu bapa yang berdepan tuntutan kerja.

Pengarah Kemas Kelantan, Anuar Mat Zin berkata, konsep ini akan memudahkan urusan ibu bapa di mana mereka tidak perlu menghantar anak-anak ke tempat asuhan lain.

Katanya, dengan adanya tabika transit, ibu bapa hanya menghantar pada waktu pagi dan mengambil anak-anak pada waktu petang.

"Konsep ini boleh dilaksanakan di kawasan-kawasan bandar. Jika di Gua Musang, tiga tumpuan utama adalah di bandar Gua Musang, bandar Chiku dan Paloh.

"Bayaran yang dikenakan pula bergantung kepada setiap kawasan dari RM100 sehingga RM250 sebulan.

"Kita memberi kelonggaran kepada guru untuk menguruskan sendiri tabika transit atau memberi peluang kepada mereka yang mempunyai kelayakan," katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas majlis amanat pengarah kepada 103 kakitangan Kemas Daerah Gua Musang di Dewan Merak, Kesedar Inn, di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kemas Malaysia, Ahmad Kamal Idris.

Artikel Berkaitan: