Sultan Johor hantar Tun M pulang naik Proton Saga

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (kiri) berkenan menghantar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) menaiki kenderaan Proton Saga edisi pertama keluaran tahun 1985 dengan nombor pendaftaran 'Proton 1' ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini.- Foto Bernama

A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghantar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) selepas selesai pertemuan dilakukan di Istana Bukit Serene di sini, hari ini.

Menariknya, Sultan Ibrahim menghantar pemimpin nombor satu negara itu dengan menaiki Proton Saga keluaran pertama miliknya yang bernombor pendaftaran Proton 1.

Tun Mahathir yang sinonim dengan jenama automotif nasional berkenaan turut dilihat tidak kekok dan begitu mesra dengan pemimpin kesayangan rakyat Johor itu

Terdahulu, pertemuan antara Baginda Sultan dan Tun Mahathir berlangsung selama 90 minit selepas tiba di perkarangan istana pada jam 3.50 petang.

Bagaimana, initipati dan hasil perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu tidak dimaklumkan memandangkan ia adalah pertemuan tertutup.

Sebelum itu, pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di LTAS selepas berlepas dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada jam 2.30 petang.

Artikel Berkaitan: