Dua anak perempuan bunuh ayah sedang cari rezeki

Salah seorang pelaku dibawa oleh polis untuk soal siasat. Agensi
Salah seorang pelaku dibawa oleh polis untuk soal siasat. Agensi
A
A
A

JAKARTA - Dua beradik perempuan tergamak membunuh ayah kandung mereka ketika orang tuanya itu sedang mencari rezeki buat mereka sekeluarga.

Laporan media tempatan menyatakan, perbuatan zalim itu dilakukan di dalam sebuah kedai milik mangsa di Jakarta Timur baru-baru ini.

Dua pelaku kini sudah ditahan oleh polis Metro Jaya dan bakal dibicarakan susulan tindakan itu.

Sementara itu menurut Ketua Polis Metro Jakarta Timur, Kombes Nicolas Ary Lilipaly, apa yang mengejutkan adalah kedua pelaku masih di bawah umur.

Ujarnya, seorang didapati melakukan perbuatan membunuh sementara seorang lagi mendorong untuk perbuatan itu dilakukan.

"Kita sudah menangkap dua orang anak perempuan mangsa, iaitu seorang bernama K,17 dan seorang lagi P, 16, kedua-dua mereka adalah anak kandung," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Jelasnya, tangkapan dilakukan pada Sabtu lalu ketika suspek berada di rumah mereka.

Tambahnya, polis mendapati mangsa dibunuh dengan senjata tajam dipercayai pisau.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan juga mendapati, mereka membunuh ayah sendiri kerana sakit hati akibat dimarah mangsa," katanya.

Mangsa dikenali sebagai Safri, yang juga merupakan seorang peniaga ditemui maut akibat ditusuk menggunakan pisau.- Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!