Tayar meletup, seorang maut, tiga termasuk bayi parah

Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Alor Gajah- Melaka- Jasin (AMJ) berhampiran Rembia petang Ahad.
Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuh Alor Gajah- Melaka- Jasin (AMJ) berhampiran Rembia petang Ahad.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang maut, manakala tiga individu termasuk seorang bayi perempuan parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Lebuh Alor Gajah - Melaka - Jasin (AMJ) berhampiran Rembia di sini petang Ahad.

Kejadian lebih kurang jam 6 petang itu, menyebabkan pemandu kereta Perodua Bezza yang merupakan lelaki dewasa berusia 33 tahun maut ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala dua wanita masing-masing berusia 24 dan 30 tahun serta seorang bayi berusia tujuh bulan parah.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nazri Mat Rais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.04 petang mengenai kemalangan jalan raya dipercayai berpunca daripada tayar kenderaan pecah.

Menurutnya, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dengan kekuatan seramai 11 anggota telah dikejarkan ke lokasi.

"Pasukan keluaran operasi (PKO) yang tiba dilokasi mendapati benar berlaku kemalangan membabitkan dua kenderaan jenis Proton Saga FLX dan Perodua Bezza.

Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu.
Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu.

"Kerja-kerja menyelamat mangsa dilakukan termasuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Tambahnya, pemandu Proton Saga berusia 30 tahun dan wanita 24 tahun mengalami patah tangan, manakala bayi berusia tujuh bulan cedera di bahagian kepala.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Ujarnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila tayar kereta Perodua Bezza yang dalam perjalanan menghala ke Alor Gajah tiba-tiba meletup sebelum memasuki lorong bertentangan.

"Impak kemalangan itu kereta Bezza itu merempuh kereta Proton Saga FLX yang dinaiki tiga individu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!