Batu Tiga, Sungai Rasau bukti BN tidak pernah naikkan tol

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas kenyataan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mengenai kadar tol dan menyifatkan tuduhan wakil rakyat DAP itu tidak benar.

Ismail Sabri berkata, Barisan Nasional (BN) sebelum ini memansuhkan beberapa tol antaranya tol Batu Tiga, Plaza Tol Sungai Rasau di Selangor, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di Johor pada tahun 2018.

“Kita tidak pernah naikkan tol dan kita batalkan beberapa tol terutamanya tol Shah Alam. Kita batalkan, tak bayar terus.

"Bukannya turunkan dari segi bayaran, saya ingat zaman pemerintahan Datuk Seri Najib (Razak) enam atau tujuh tol kita batalkan dari segi pembayaran.

"Sekarang satu pun tidak ada, walaupun janji PH (Pakatan Harapan) nak hapuskan tol. Cuma yang mampu mereka lakukan hari ini adalah kurangkan tol.

“Tony Pua tak payah cakaplah, kalau betul nak bercakap, dia umumkan hapuskan tol seperti dijanjikan dalam manifesto PH,” katanya ketika ditemui media di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam, Tony yang juga Setiausaha Politik Guan Eng melalui sebuah portal berkata, di bawah pentadbiran BN semasa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak konsesi dilanjutkan beberapa kali namun kadar tol tidak pernah diturunkan malah dinaikkan setiap tiga tahun mengikut perjanjian.

Artikel Berkaitan: