Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional

Noh Omar
Noh Omar
A
A
A

SHAH ALAM - Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.

MN dalam satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut selaras dengan pindaan Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Menerusi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa, turut melantik Datin Seri Datuk Shamsiah M Yassin, Dr Subash Chandrabose dan Chua Hock Kuan sebagai Naib Presiden.

“Antara individu yang dilantik memegang jawatan Ahli Dewan Tertinggi ialah Datuk Abd Muhaimin Abd Rahman Nazri, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Rafeiei Mustapha, Wong Siew Mun, Mohd Anas Sudin, Julie Sabran, Musa Sabri Ab Sattar dan Mohd Fariz Abd Hadi.

“Selain itu, Datuk Aris Shamsudin, Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, Tengku Ainifarihin Tengku Abdullah, Dr Nurul Hana Zainal Baharin, Yahya Ahmad, Iman Arif Saiful Bahari dan Faridzul Azlan Abd Shani turut dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi,” katanya pada Jumaat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!