Nasi lemak, roti canai, teh tarik dihidang di pejabat PBB

Ini adalah kali pertama Malaysia mempamerkan warisan masakannya yang kaya dengan menampilkan hidangan sarapan ikonik - Nasi Lemak, Roti Canai dan Teh Tarik - di Palais des Nations, pejabat PBB di Geneva.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Organisasi Antarabangsa di Geneva pada pagi Khamis telah menganjurkan acara eksklusif bertajuk ‘Malaysian Breakfast Culture: The Protection of Intangible Cultural Heritage’ di Geneva.

Ini adalah kali pertama Malaysia mempamerkan warisan masakannya yang kaya dengan menampilkan hidangan sarapan ikonik - Nasi Lemak, Roti Canai dan Teh Tarik - di Palais des Nations, pejabat PBB di Geneva.

Acara itu diadakan di luar sesi ke-56 Majlis Hak Asasi Manusia yang sedang berlangsung, menurut kenyataan Wakil Tetap Malaysia yang dihantar kepada Bernama.

Datuk Nadzirah Osman, Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva, menekankan nilai budaya hidangan kegemaran itu dalam ucapan aluannya, mengiktirafnya sebagai elemen penting warisan budaya tidak ketara Malaysia.

Memahami kepentingan melindungi budaya sarapan Malaysia, termasuk pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan hidangan ikonik itu, Malaysia telah mencalonkan Budaya Sarapan Malaysia untuk disenaraikan dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan UNESCO pada Mac 2023.

"Pencalonan ini menekankan kepentingan memelihara dan meraikan tradisi masakan Malaysia sebagai sebahagian daripada warisan budayanya yang kaya dan pelbagai," katanya.

Dalam hal ini, Nadzirah berharap pencalonan Malaysia akan disokong oleh negara-negara anggota semasa pemilihan di Jawatankuasa Antara Kerajaan ke-19 Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) di Paraguay pada Disember tahun ini.

Acara itu dihadiri oleh kira-kira 100 diplomat serta pegawai PBB dan organisasi antarabangsa yang berpeluang menikmati cetusan rasa yang kaya dan mencerminkan masyarakat berbilang budaya di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan itu memaklumkan bahawa sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan Jawatankuasa Antara Kerajaan UNESCO bagi Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara, Malaysia komited untuk mempromosikan hak budaya dan melindungi warisan budaya dalam semua bentuknya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Nasi lemak, roti canai, teh tarik dihidang di pejabat PBB #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Makan #NasiLemak #RotiCanai #TehTarik #PBB

FEEL THE GROOVE - Queens Road, Fabian Graetz

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!