Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang jejantas

Keadaan kenderaan mangsa selepas melanggar tiang konkrit jejantas di Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu.
Keadaan kenderaan mangsa selepas melanggar tiang konkrit jejantas di Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya melanggar tiang jejantas di Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Balai Polis Karamunsing, di sini pada awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh tiga kilometer dari balai.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Crown Athlete yang terbabas sendiri.

"Kenderaan yang dipandu mangsa telah melanggar tiang konkrit jejantas dan menyebabkannya tersepit.

"Operasi mengeluarkan mangsa segera dilakukan namun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 2.30 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!