Suami, isteri disyaki dera anak angkat hingga mati disambung reman

Polis sebelum ini menahan sepasang suami isteri yang disyaki mendera anak angkat perempuan mereka berusia lima tahun hingga maut.
Polis sebelum ini menahan sepasang suami isteri yang disyaki mendera anak angkat perempuan mereka berusia lima tahun hingga maut.
A
A
A

IPOH - Reman pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes dera hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, minggu lalu dilanjutkan selama lima hari.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, reman terhadap lelaki berusia 66 tahun dan isteri, 27, itu diperoleh sehingga Jumaat ini bagi melengkapkan siasatan.

Menurut beliau, permohonan dibuat selepas reman selama enam hari sebelum ini tamat pada Ahad.

Abang Zainal Abidin berkata, kedua-dua suspek itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat.

Media melaporkan pasangan terbabit ditangkap di sebuah rumah di Taman Malcop, Silibin pada 10 Jun lalu berikutan kematian anak angkat mereka yang mempunyai kesan lebam di seluruh anggota badan disyaki dipukul dengan objek tumpul.

Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul selain terdapat kesan luka koyak dan lebam pada vagina dan dubur mangsa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!