Suami, isteri ditahan dera anak angkat hingga mati

Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki mendera anak angkat perempuan mereka berusia lima tahun hingga maut pada Isnin. (Gambar kecil: Abang Zainal Abidin) Gambar hiasan
Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki mendera anak angkat perempuan mereka berusia lima tahun hingga maut pada Isnin. (Gambar kecil: Abang Zainal Abidin) Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki mendera anak angkat perempuan mereka berusia lima tahun hingga maut pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan terhadap wanita berusia 27 tahun dan suaminya berusia 66 tahun itu dilakukan selepas menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Pihak hospital telah menerima seorang kanak-kanak perempuan di Wad Kecemasan Zon Merah untuk resusitasi namun disahkan meninggal dunia.

"Pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa terdapat kesan lebam di seluruh anggota badan disyaki dipukul dengan objek tumpul sebelum melaporkan kepada polis," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut beliau, hasil bedah siasat yang dijalankan mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul.

"Selain itu terdapat kesan luka koyak dan lebam pada vagina dan dubur mangsa.

"Bertindak atas maklumat, polis telah pergi ke lokasi kejadian di sebuah rumah di Taman Malkop, Silibin dan menahan pasangan terbabit bagi membantu siasatan," katanya.

Abang Zainal Abidin berkata, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.

Artikel Berkaitan:

"Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek itu akan dibuat pagi ini di Mahkamah Majistret Ipoh.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!