Pakistan, Malaysia sepakat nyata sokongan kepada Palestin

Shehbaz Sharif (gambar kecil) membuat panggilan telefon kepada Anwar pada petang Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Shehbaz Sharif (gambar kecil) membuat panggilan telefon kepada Anwar pada petang Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia dan Pakistan akan terus menyatakan sokongan terhadap Palestin serta kebebasan negara tersebut daripada cengkaman rejim Zionis.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang Isnin.

Menerusi panggilan telefon tersebut, Anwar berkata, mereka akan terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

“Petang tadi saya telah menerima panggilan telefon dari Shehbaz dan kami berbalas ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha selain mendoakan kesejahteraan keluarga serta rakyat kedua-dua negara.

“Saya turut memuji beliau atas keberanian memposisikan kedudukan Pakistan terkait kemelut di Gaza,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Mengulas lanjut, menurut Anwar, pemimpin negara Islam lain perlu terus memperkukuhkan sokongan terhadap Palestin terutama dalam meningkatkan bantuan kemanusiaan selain penjajahan Israel.

Tambahnya, menerusi panggilan tersebut beliau turut merancang untuk melakukan pertemuan ke Islamabad dalam masa terdekat.

“Pemimpin Islam perlu meningkatkan bantuan kemanusiaan selain menggandakan usaha menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza.

Artikel Berkaitan:

“Kami turut merancang untuk bertemu di Islamabad dalam masa terdekat agar hubungan kedua-dua negara dapat terus diperkukuhkan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Pakistan, Malaysia sepakat nyata sokongan kepada Palestin #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #TimurTengah #Palestin #Pakistan #ShehbazSharif #AnwarIbrahim #PMX

News - ComaStudio

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!