Dr Mahathir terima kunjungan hormat pemimpin Hamas

Dr Mahathir bersalaman dengan Ismail (tiga dari kanan) semasa menerima kunjungan pemimpin Hamas itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini.
 - Foto Bernama
Dr Mahathir bersalaman dengan Ismail (tiga dari kanan) semasa menerima kunjungan pemimpin Hamas itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra hari ini.
 - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat daripada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan delegasinya di pejabatnya di Perdana Putra di sini.

Dr Mahathir dalam catatan di Twitter rasminya memaklumkan kedua-dua mereka membincangkan perkembangan terkini dan nasib yang menimpa rakyat Palestin dalam pertemuan kira-kira 45 minit itu.

Menurut catatan itu, pemimpin Hamas itu turut merakamkan ucapan terima kasih atas usaha Dr Mahathir yang membawa idea segar berkenaan dunia Islam menerusi penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur pada Disember lepas

Dalam pertemuan itu, Ismail turut menyatakan penghargaan atas usaha dan sokongan berterusan Dr Mahathir buat rakyat Palestin.

Ismail dilaporkan tiba di Malaysia semalam dalam siri lawatannya ke beberapa negara Islam antaranya Iran, Oman, Turki and Qatar. - Bernama

Artikel Berkaitan: