Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada semua insan bergelar bapa bersempena Hari Bapa yang disambut pada Ahad. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada semua insan bergelar bapa bersempena Hari Bapa yang disambut pada Ahad. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan penghargaan kepada semua insan bergelar bapa bersempena Hari Bapa yang disambut pada Ahad.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa Baginda menyanjung keringat serta pengorbanan semua bapa yang cekal mencari rezeki untuk keluarga.

"Saya sebagai bapa turut memahami tanggungjawab serta peranan penting seorang bapa bagi membentuk kehidupan anak-anak.

"Semoga ALLAH SWT juga sentiasa merahmati Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Paduka Sultan Seri Perak Sultan Idris Shah II," titah Seri Paduka Baginda.

Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang bapa yang menjadi pelindung keluarga. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!