Harap keadilan buat Zayn Rayyan, Nurin Jazlin

Zayn Rayyan dan Nurin Jazlin
Zayn Rayyan dan Nurin Jazlin
A
A
A

KEMATIAN kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, pada Disember tahun telah menggemparkan negara apabila berita kehilangannya berakhir dengan tragedi.

Pemergian Zayn Rayyan mengundang sebak rakyat Malaysia kerana ramai mengharapkan dia ditemui dalam keadaan baik dan kembali kepangkuan keluarga.

Bagaimanapun, harapan tersebut musnah apabila kanak-kanak berkenaan ditemui mati di aliran sungai berhampiran blok kediaman dan polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai kes bunuh selepas proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sungai Buloh.

Susulan itu, pada 31 Mei lalu, ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di sekitar Puncak Alam oleh Polis Selangor dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan reman terhadap pasangan berusia 29 tahun itu.

Pada 12 Jun, ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berhubung siasatan kes.

Keesokan harinya (13 Jun) ibu bapa Zayn Rayyan didakwa atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Sehubungan itu, individu yang menjadi penyebab kepada kematian Zayn Rayyan kekal misteri hingga ke hari ini.

Artikel Berkaitan:

Tragedi yang menimpa Zayn Rayyan itu telah mengingatkan kembali kematian kanak-kanak perempuan, Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Kematian Nurin Jazlin begitu tragis apabila mayatnya ditemukan dengan timun dan terung disumbat dalam kemaluan kanak-kanak itu yang juga telah menyebabkan rektumnya pecah.

Hasil bedah siasat menyatakan jangkitan bakteria telah menyumbang kepada kematian mangsa.

Pun begitu, sehingga ke hari ini, pembunuh Nurin Jazlin masih belum diketahui dan kekal misteri. Diharapkan agar pembunuh bagi kedua-dua kanak-kanak ini dapat ditemukan dan berdepan dengan hukuman yang setimpal.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!