Ikan berwajah 'hantu' ditemui di pantai Singapura

Ikan Stargazer yang berwajah mirip hantu ditemui di pantai sekitar Singapura. Agensi
Ikan Stargazer yang berwajah mirip hantu ditemui di pantai sekitar Singapura. Agensi
A
A
A

SINGAPURA - Seekor ikan Stargazer berwajah seakan-akan hantu ditemui terdampar di atas pasir pantai di Singapura dengan mulut terbuka dan mata terbeliak ke atas, lapor New York Post.

Dennis Chan yang berkongsi klip video penemuannya itu dalam Instagram telah mendapat 53.3 juta tontonan dan 1.2 juta tanda suka serta ramai netizen memberikan komen 'lucu' mengenainya.

"Penemuan yang jarang berlaku apabila kelihatan ikan ini menanam diri dengan hanya menampakkan kepala yang seolah-olah merenung bintang-bintang di langit.

"Spesies ini sama seperti ikan batu dan kala jengking di mana ia mungkin berbisa apabila disentuh dengan tangan," katanya Chan memberitahu What'sTheJam.

Dalam video itu, Cham merakamkan ikan aneh dari sudut berbeza sehingga ia dilihat perlahan-lahan membenamkan diri dalam pasir.

Menurut FishBase, terdapat lebih 50 spesies ikan Stargazer yang ditemui di lautan Atlantik, India dan Pasifik.

Kadang kala ia dikesan di pantai bahagian utara Singapura dengan menampakkan hanya biji mata yang menyeramkan. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!