BDS kecewa Siti Nurhaliza sertai konsert David Foster

SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
A
A
A

SHAH ALAM - Gerakan Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) kesal dengan penyertaan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam konsert 'Hitman Returns – David Foster and Friends’ yang dijadual berlangsung di Jakarta, Indonesia pada malam Sabtu.

Menurut gerakan itu, penganjur pertunjukan berkenaan iaitu David Foster sememangnya diketahui merupakan individu yang sangat kuat menyokong rejim Zionis.

Tambahnya, penggubah lagu terkenal itu juga sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera Israel dalam acara yang dianjurkan oleh`Friends of Israel Defence Forces’ (FIDF).

"Dalam keadaan sekarang di mana lebih daripada 36,000 rakyat Palestin telah dibunuh dengan kejam oleh tentera rejim Zionis Israel semenjak 7 Oktober 2023 dan masih terus melakukan pembunuhan kejam di Gaza dan Tebing Barat.

"Keputusan Datuk Seri Nurhaliza untuk menyertai pertunjukan yang dianjurkan oleh David Foster adalah sangat mengecewakan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Penyanyi nombor satu negara itu sebelum ini dilapor pernah berkongsi pentas dengan penerbit dan komposer terkenal, David Foster menerusi Konsert Eksklusif 'Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023' di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu, BDS dalam kenyataan sama turut menggesa semua pihak termasuk artis, ahli perniagaan, ahli sukan, pihak kerajaan dan rakyat biasa menunjukkan sikap yang lebih peka terhadap kesengsaraan yang telah dialami oleh rakyat Palestin.

Ujarnya, tindakan paling minimum yang boleh dilakukan ialah memboikot rejim Zionis serta organisasi dan individu yang terlibat secara langsung dengan kezaliman yang sedang berlaku di Palestin.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!