Pembawa tuntut segerakan kuota tambahan diesel untuk bas ekspres

Laili
Laili
A
A
A

KOTA BHARU - Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) menuntut kerajaan menyegerakan kuota tambahan diesel sebanyak 50 peratus bagi membolehkan perkhidmatan itu terus beroperasi.

Yang Dipertuanya, Laili Ismail berkata, beliau bimbang jika tindakan segera tidak ambil berkemungkinan besar ramai pengusaha yang akan lumpuh dan terkubur selepas ini.

"Walaupun pengusaha bas ekspres tersenarai sebagai penerima subsidi diesel dengan kuota dibenarkan 2,880 liter pada harga RM1.88 seliter ia masih tidak memadai bagi pengusaha.

"Ini kerana kadar penggunaan diesel bagi sesebuah bas ekspres adalah di antara 8,000 ke 10,000 liter sebulan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, melalui sesi libat urus bersama Kementerian Kewangan, Pembawa telah mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk menambah kuota sedia ada 2,880 liter kepada 10,000 liter sebulan untuk bas ekspres.

Ujarnya, penyasaran subsidi diesel kepada RM3.35 disifatkan sebagai peningkatan yang amat ketara.

"Peningkatan sebanyak 55 peratus itu menuntut pengusaha mengeluarkan modal tambahan dengan jumlah yang besar," katanya.

Laili memberitahu, ketika ini ada dalam kalangan pengusaha bas yang telah mengurangkan trip operasi kerana buntu untuk mencari modal tambahan dan risau berhadapan masalah kekurangan had kredit bagi pembelian diesel.

Artikel Berkaitan:

"Pengusaha bas kini juga dibelenggu kebimbangan untuk menghadapi musim perayaan Aidiladha kerana khuatir dengan ketidakcukupan had kredit untuk pembelian diesel.

"Ia akhirnya menyebabkan pengusaha berkemungkinan tidak dapat meneruskan perkhidmatan bas ekspres sebagaimana kebiasaan," katanya.

Beliau bimbang walaupun tiket telah habis dijual akan mengakibatkan penumpang terkandas di terminal.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!