KPKT sasar tubuh 46 Bomba Junior

Kor Ming bergambar selepas menyarung beret kepada murid yang mewakili pasukan Bomba Junior.
Kor Ming bergambar selepas menyarung beret kepada murid yang mewakili pasukan Bomba Junior.
A
A
A

TELUK INTAN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan untuk menubuhkan 46 pasukan pakaian seragam, Bomba Junior menjelang akhir tahun ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, kelab beruniform yang ditubuhkan pada pada 16 Januari lalu merupakan program kokurikulum peringkat sekolah rendah.

Menurutnya, penubuhannya bertujuan menerapkan nilai-nilai kebombaan untuk membudayakan persekitaran selamat.

"Penubuhan pasukan Bomba Junior ini melengkapi hasrat kita untuk mengamalkan budaya keselamatan kebakaran dan memupuk kesedaran serta langkah pencegahan disemai peringkat sekolah rendah.

"Kita ada 90,000 ahli Kadet Bomba di peringkat sekolah menengah begitu juga dengan Bomba Cilik di peringkat Tadika dan sekarang sekolah rendah pula," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Bomba Junior, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) San Min No.1 dan No.2 di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu; Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Ithnin Mahadi dan Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohamad.

Pelancaran Bomba Junior melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat, Hutan Melintang; SK Dato' Sagor, Kampung Gajah; SJKC San Min No.1 dan No.2 di Teluk Intan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tapah di Tapah.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!