Pemborong seleweng diesel, jual dengan harga tinggi

Antara lokasi terpencil yang dibongkar PPM dipercayai jadi stor simpanan diesel hasil aktiviti penyelewengan.
Antara lokasi terpencil yang dibongkar PPM dipercayai jadi stor simpanan diesel hasil aktiviti penyelewengan.
A
A
A

KLANG - Pasukan Polis Marin (PPM) mengesan taktik pemborong yang mempunyai permit menyimpan, memborong dan menjual diesel subsidi, namun menyelewengnya dengan menjual pada harga yang lebih tinggi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, perkara itu dikesan hasil operasi dan tindakan yang direkodkan bagi tempoh sejak tahun lalu hingga Mei tahun ini.

Katanya, sebanyak 57 kes masih direkodkan dengan tangkapan seramai 69 orang termasuk lapan warga asing.

"Kita telah merampas 631,691 liter diesel dianggar bernilai RM2.1 juta.

"Ada beberapa modus operandi dikesan antaranya sindiket yang ubah suai tangki lori sedia ada kepada tangki lebih besar. Ada juga pemborong yang mempunyai permit simpan, borong dan menjual, tapi menyelewengnya dengan menjual kembali dengan harga tinggi," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Antara rampasan dibuat PPM dalam usaha menumpaskan sindiket seleweng diesel.
Antara rampasan dibuat PPM dalam usaha menumpaskan sindiket seleweng diesel.

Tambahnya, ada beberapa lokasi yang pernah diserbu membabitkan premis stor selain bot-bot kecil di pesisiran pantai.

Beliau berkata, PPM akan terus melaksanakan operasi berkala dan memantapkan risikan membabitkan kes yang disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel Berkaitan:

Jelas Rusley, beliau juga tidak tolak kemungkinan sindiket penyelewengan diesel dalam negara mempunyai jaringan dengan sindiket di negara jiran.

Tegasnya, tindakan menyelamatkan wang hasil negara adalah tanggungjawab bersama dalam memastikan kemaslahatan agar subsidi dapat terus diberi kepada orang yang lebih layak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!