Perunding pengurusan acara 'kebas' duit konsert didakwa

Seorang perunding pengurusan acara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan mengambil wang milik syarikat berhubung penganjuran konsert lebih RM200,000 untuk kegunaannya sendiri, tahun lepas. Gambar hiasan

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang perunding pengurusan acara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan mengambil wang milik syarikat berhubung penganjuran konsert lebih RM200,000 untuk kegunaannya sendiri, tahun lepas.

Rabiatul Adawiyyah Izzaddin, 33, didakwa mengambil wang milik syarikat Mission Sight Sdn Bhd berjumlah RM237,370 bagi menguruskan konsert 'Goyang Asi Koplo Milenia' namun gagal berbuat demikian, sebaliknya menggunakan wang itu untuk kegunaan sendiri.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di padang Equestrian, Bukit Kiara di Brickfields di sini antara 7 Mac hingga 15 Mei 2023 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan atau penjara maksimum lima tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Azahan menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin manakala peguam Bernard Francis mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai empat orang anak dan keadaan kewangan yang tidak stabil kerana suami tertuduh telah muflis.

Hakim, Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, artis Riezman Khuzaimi yang juga merupakan penganjur konsert itu ketika ditemui pemberita berkata, beliau berasa lega apabila tertuduh dihadapkan ke mahkamah selepas berbulan-bulan perkara itu terjadi. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!