Perjuangan bapa tiada henti

Hibah harta melalui takaful memberi manfaat, kesejahteraan kepada anak-anak dan isteri

PRODUK Sun Prime Link-i direka bagi menyediakan manfaat perlindungan kewangan sehingga usia 99 tahun dengan elemen pelaburan.
PRODUK Sun Prime Link-i direka bagi menyediakan manfaat perlindungan kewangan sehingga usia 99 tahun dengan elemen pelaburan.
A
A
A

PERJUANGAN kaum bapa menuntut pengorbanan yang sangat besar. Mereka akan sedaya upaya mahu memberikan segala-galanya kepada ahli keluarganya bahkan seluruh jiwa dan raganya.

Bapa bertanggungjawab atas ahli keluarga termasuk menyediakan nafkah secukupnya selain mendidik mereka mengikut garis panduan Islam.

Pencetus Ummah (PU), Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau PU Amin berkata, tanggungjawab dan peranan bapa sebenarnya bukan hanya ketika masih hidup.

“Bahkan dia boleh meneruskan lagi perjuangannya sebagai bapa dengan peninggalan bantuan harta melalui hibah mahupun sedekah kepada ahli keluarganya setelah meninggal dunia.

“Ini akan menjadi pahala yang berterusan buatnya sebagai bekalan untuk akhirat,” katanya dalam program Podcast POV Sinar Islam Plus bertajuk ‘Tanggungjawab dan Peranan Seorang Bapa’ yang dibawakan oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia, salah satu pengendali takaful keluarga yang terkemuka di Malaysia.

PU Amin (kanan) bersama hos, Azman selepas tamat program Podcast POV Sinar Islam Plus bertajuk 'Tanggungjawab dan Peranan Seorang Bapa' yang dibawakan khas oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia.
PU Amin (kanan) bersama hos, Azman selepas tamat program Podcast POV Sinar Islam Plus bertajuk 'Tanggungjawab dan Peranan Seorang Bapa' yang dibawakan khas oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia.

Sun Life Malaysia melancarkan Kempen InsureLit sepanjang tahun untuk meningkatkan pemahaman masyarakat Malaysia tentang takaful.

Artikel Berkaitan:

Uruskan hibah melalui takaful

Seperti sedia maklum, manfaat hibah dalam takaful merujuk kepada pemberian manfaat selepas pencarum meninggal dunia.

Hibah diberikan kepada individu yang dinamakan pencarum atau dikenali benefisiari di dalam sijil takafulnya.

Menurut PU Amin, hibah harta melalui takaful seperti disediakan oleh Sun Life Malaysia yang dicarum itulah akan memberi manfaat kepada ahli keluarga terutamanya kepada anak dan isteri yang kehilangan tonggak utama keluarga.

Oleh sebab itu pentingnya bapa menguruskan harta ketika masih hidup dengan mengambil hibah harta takaful dan memberi didikan kepada keluarganya untuk berbuat perkara sama.

SUN LIFE MALAYSIA menawarkan produk hibah Sun Prime Link-i yang membolehkan anda merancang masa depan kewangan anda sambil menikmati perlindungan takaful berdasarkan prinsip syariah.
SUN LIFE MALAYSIA menawarkan produk hibah Sun Prime Link-i yang membolehkan anda merancang masa depan kewangan anda sambil menikmati perlindungan takaful berdasarkan prinsip syariah.

Sun Life Malaysia menyediakan pelbagai produk takaful kepada pelanggannya yang meliputi perlindungan asas, takaful berkaitan pelaburan, perubatan dan persaraan yang memenuhi keperluan kewangan dan perlindungan pelanggan.

Antara produknya adalah Sun Prime Link-i yang direka bagi menyediakan manfaat perlindungan kewangan sehingga usia 99 tahun dengan elemen pelaburan.

Dengan Sun Prime Link-i, anda boleh menikmati manfaat perlindungan daripada risiko kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal di samping pelbagai pilihan perlindungan tambahan atau rider bagi memastikan perlindungan yang diterima adalah menyeluruh dan komprehensif.

Pada masa sama, anda berpeluang melabur dalam dana pelaburan yang dipilih mengikut keperluan dan matlamat kewangan anda.

Produk ini juga sesuai untuk mereka yang ingin memastikan kesejahteraan kewangan keluarga mereka dalam jangka masa yang panjang sambil mengejar pertumbuhan pelaburan yang berpotensi tinggi.

PU Amin (kanan) bersama hos, Azman selepas tamat program Podcast POV Sinar Islam Plus bertajuk 'Tanggungjawab dan Peranan Seorang Bapa' yang dibawakan khas oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia.
PU Amin (kanan) bersama hos, Azman selepas tamat program Podcast POV Sinar Islam Plus bertajuk 'Tanggungjawab dan Peranan Seorang Bapa' yang dibawakan khas oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia.

Sun Prime Link-i membolehkan anda merancang masa depan kewangan anda sambil menikmati perlindungan takaful berdasarkan prinsip syariah.

Pelan ini juga boleh dipertingkatkan dengan perlindungan tambahan seperti Prime Family Critikal Care-i.

Maklumat lanjut mengenainya boleh dilayari di www.sunlifemalaysia.com.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!