Anggota polis ditemui mati di tandas hentian R&R

Seorang anggota polis ditemui mati di sebuah tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya di sini pada petang Khamis. Gambar hiasan
Seorang anggota polis ditemui mati di sebuah tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya di sini pada petang Khamis. Gambar hiasan
A
A
A

NILAI - Seorang anggota polis ditemui mati di sebuah tandas hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya di sini pada petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang.

"Hasil siasatan awal mendapati si mati berumur 25 tahun yang telah berkahwin dijumpai mati di tiang besi atas penghadang di dalam tandas.

"Si mati merupakan anggota polis yang bertugas di Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Abdul Malik berkata, Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan membantu siasatan di tempat kejadian dan mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh si mati.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi pihak polis dan dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dijalankan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!