Maritim Terengganu tenggelamkan tiga bot nelayan Vietnam

Proses menenggelamkan bot itu dijalankan di sekitar perairan Pulau Kapas. Foto Maritim Terengganu
Proses menenggelamkan bot itu dijalankan di sekitar perairan Pulau Kapas. Foto Maritim Terengganu
A
A
A

MARANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menenggelamkan tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak untuk dijadikan tukun di sekitar perairan Pulau Kapas di sini pada Khamis.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Mohd Firdaus Mohd Anuar, tiga bot nelayan Vietnam yang ditahan pada tahun 2022 dan tahun lepas itu dilupuskan secara tenggelam di perairan Pulau Kapas dengan nilai pelupusan sebanyak RM800,000.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada tahun ini juga Maritim Negeri Terengganu telah berjaya melupuskan sembilan bot nelayan asing Vietnam dengan anggaran bersih nilai pelupusan berjumlah RM1.7 juta.

Tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak untuk dijadikan tukun di sekitar perairan Pulau Kapas. Foto Maritim Terengganu
Tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak untuk dijadikan tukun di sekitar perairan Pulau Kapas. Foto Maritim Terengganu

"Bagi tujuan pelupusan, Maritim Malaysia melaksanakan dua kaedah pelupusan iaitu secara musnah pecah dan tenggelam sebagai tukun.

"Maritim Negeri Terengganu telah melakukan pelupusan secara musnah pecah bagi empat bot nelayan asing pada 19 April lalu dengan nilai pelupusan sebanyak RM450,000

"Dua buah bot lagi telah dilupuskan melalui kaedah ditenggelamkan sebagai tukun pada 30 April yang lalu dengan nilai pelupusan adalah berjumlah RM400,000," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Firdaus menyatakan berdasarkan rekod, sebanyak 111 bot nelayan asing Vietnam telah dilucut hak dan dilupuskan Maritim Negeri Terengganu dari tahun 2020 sehingga 13 Jun 2024 dengan anggaran nilai perolehan asal bot sebanyak RM27.5 juta.

Artikel Berkaitan:

Maritim Terengganu menenggelamkan tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak. Foto Maritim Terengganu
Maritim Terengganu menenggelamkan tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak. Foto Maritim Terengganu

Katanya, Maritim Negeri Terengganu masih mempunyai tujuh bot nelayan asing yang telah mendapat kelulusan pelupusan dan akan dilupuskan pada tahun ini.

"Maritim Malaysia sentiasa memastikan kesejahteraan dan keamanan perairan negara.

"Jadi komuniti maritim diminta untuk terus menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak agensi agar pencerobohan bot nelayan asing ini dapat dibendung," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!