Lelaki terkaya di dunia umum perceraian

 Jeff Bezos dan isterinya, MacKenzie. - The Star
Jeff Bezos dan isterinya, MacKenzie. - The Star
A
A
A

PENGASAS Amazon, Jeff Bezos, mendapat jolokan lelaki terkaya di dunia mengumumkan perceraian bersama isterinya Mackenzie Bezos di Twitter peribadinya.

"Kami mahu orang mengetahui perkembangan terbaru kami.

"Seperti diketahui oleh keluarga dan rakan-rakan, kami telah melalui, mencuba fasa percintaan, fasa perpisahan.

"Bagaimanapun, akhirnya kami membuat keputusan terbaik untuk berpisah demi meneruskan kehidupan sebagai sahabat dan ibu bapa kepada anak-anak," kata Jeff Bezos, 54, dan MacKenzie Bezos, 48, dalam kenyataan bersama di sini, semalam.

Pasangan itu berkata, mereka berasa sangat bertuah di atas perhubungan selama 25 tahun dan akan terus berhubung antara satu sama lain demi anak-anak.

MacKenzie Bezos adalah pengarang dua buah buku, termasuk 'The Testing of Luther Albright' sebuah novel psikologi tentang cabaran dihadapi seorang bapa Sacramento, California selepas kejadian gempa bumi.

Pasangan ini memiliki empat cahaya mata dan detik pertemuan mereka di pusat dana De Shaw sebelum Jeff Bezos menubuhkan Amazon.

Kekayaan Jeff Bezos dinilai oleh Forbes dan Bloomberg dianggarkan sekitar AS$137 billion (RM560.98 billion) sekali gus dilabelkan lelaki terkaya di dunia. - The Star

Artikel Berkaitan: