Remaja 16 tahun dieksploitasi jadi pencuci kereta

Remaja berusia 16 tahun diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah premis cuci kenderaan di Shah Alam, pada Rabu.
Remaja berusia 16 tahun diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah premis cuci kenderaan di Shah Alam, pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang remaja berusia 16 tahun yang dikerah bekerja sehingga 12 jam sehari diselamatkan polis dalam serbuan di kedai cuci kereta di sini pada Rabu.

Tindakan itu dilaksanakan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menerusi Ops Pintas Mega, kira-kira jam 8.30 malam.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi ini telah menahan empat lelaki warga asing berusia 24 hingga 32 tahun.

Menurutnya, suspek membabitkan dua warga Bangladesh dan dua Myanmar yang berperanan sebagai penyelia dan pencuci kereta.

Polis menahan empat warga asing dalam serbuan di sebuah premis cuci kenderaan di Shah Alam, pada Rabu.
Polis menahan empat warga asing dalam serbuan di sebuah premis cuci kenderaan di Shah Alam, pada Rabu.

"Penyelia ini akan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Atipsom 2007 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, manakala pekerja asing pula diambil tindakan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya pada Khamis.

Beliau berkata, kerjasama pihak Task Force Pejabat Strategik Nasional (NSO) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri ini turut berjaya menyelamatkan seorang remaja lelaki warga Myanmar berusia 16 tahun.

Katanya, remaja ini dipercayai telah dieksploitasi bekerja sebagai pencuci kereta di premis terbabit sejak enam bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa ini dibayar gaji sebanyak RM40 dan bekerja hingga kira-kira 12 jam sehari," ujarnya.

Tambah beliau, operasi ini dilakukan bagi mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang dengan berpandu kepada National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!