Ahli keluarga Zayn Rayyan tiba di mahkamah

Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga ibu bapa Zayn Rayyan tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Khamis
Beberapa individu yang dipercayai ahli keluarga ibu bapa Zayn Rayyan tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Khamis
A
A
A

PETALING JAYA - Beberapa individu dipercayai ahli keluarga ibu bapa Zayn Rayyan tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Khamis.

Individu terdiri daripada beberapa lelaki dan wanita itu dilihat tiba kira-kira jam 9.45 pagi untuk mengikuti perkembangan kes pembunuhan kanak-kanak autisme terbabit.

Sinar Harian melaporkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autism didakwa di Kompleks Mahkamah di sini.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!