Aqil Zulkiflee 'digilai' kanak-kanak

Aqil Zulkiflee
Aqil Zulkiflee
A
A
A

SHAH ALAM - Setelah 10 tahun bergelar pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee kini diminati ribuan kanak-kanak seluruh negara.

Mana tidaknya, kemunculan sosok pengamal YouTube berusia 28 tahun itu sentiasa diserbu golongan tersebut tidak kira di mana dia berada.

Ia jelas dapat dilihat menerusi perkongsian video-video di media sosial miliknya, kanak-kanak kelihatan sangat teruja meminta tanda tangan, bergambar bersama dan memberi hadiah.

Aqil Zulkiflee ketika diserbu peminat ciliknya.
Aqil Zulkiflee ketika diserbu peminat ciliknya.

"Begitulah situasi apabila hadir pada setiap majlis, saya sangat gembira sebab ramai yang datang untuk berjumpa dan memberi sokongan.

"Berniaga sambil melayan kanak-kanak riang, seronok! Terima kasih semua yang datang," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Aqil atau nama sebenarnya Ahmad Aqil Zulkiflee, 10 tahun dalam dunia pencipta kandungan bukan satu perjalanan mudah, pelbagai cabaran perlu diharungi terutamanya dalam mencari idea bagi menghasilkan video yang terbaik pada setiap hari untuk tontonan peminatnya.

Artikel Berkaitan:

Aqil melayan kerenah peminat ciliknya.
Aqil melayan kerenah peminat ciliknya.

Ujarnya, kandungan video berbentuk hiburan seperti demonstrasi alat permainan kanak-kanak, makanan, haiwan peliharaan dan sebagainya memerlukan sesuatu yang segar serta terkini sesuai mengikut peredaran masa.

"Untuk terus konsisten membuat kandungan yang kena dengan keadaan semasa sangat mencabar. Hendak menjana idea setiap hari bukanlah mudah.

Aqil Zulkiflee ketika diserbu peminat ciliknya.
Aqil Zulkiflee ketika diserbu peminat ciliknya.

"Tapi itulah dugaan paling besar bagi saya untuk terus kekal sebagai influencer dan bekerja dalam bidang ini," katanya.

Bicara anak kedua daripada lima beradik itu, dia banyak melayari video pencipta kandungan lain dalam dan luar negara bagi mendapatkan inspirasi.

Jelasnya, jika idea muncul secara spontan dia akan terus menjadikan pengisian video pada waktu yang sama.

"Saya banyak melihat video orang lain, tak kira individu dalam Malaysia mahupun luar negara. Kadang kala, idea tu datang secara spontan dan Aqil terus buat video.

Aqil Zulkiflee kini diminati ribuan kanak-kanak seluruh negara.
Aqil Zulkiflee kini diminati ribuan kanak-kanak seluruh negara.

"Selain itu, Aqil juga banyak membeli barangan terutamanya permainan dan makanan untuk menghasilkan lebih banyak kandungan menarik termasuklah melancong," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!