Piala FA: MUFT 'lepasi sekatan' PDRM di Selayang

Pemain PDRM FC, Muhammad Zuhair Aizat diasak oleh empat pemain Malaysian Universiti pada perlawanan Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pada Rabu. Foto Bernama
Pemain PDRM FC, Muhammad Zuhair Aizat diasak oleh empat pemain Malaysian Universiti pada perlawanan Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PASUKAN Liga A1 Semi-Pro, Malaysian University Football Team (MUFT) muncul kelab pertama mara ke suku akhir Piala FA 2024/25 selepas mengejutkan pasukan Liga Super, PDRM FC, 3-0 dalam perlawanan Pusingan 16 di Stadium Selayang pada Rabu.

The University Tigers kendalian Ridzuan Abu Shah bermula garang apabila merobek gawang lawan menerusi sentuhan penyerang Mohd Shahir Abdul Rahman menewaskan penjaga gol, The Cops, Muhd Asri Muhammad seawal minit kelima.

MUFT yang baru mengharungi aksi pemanas badan Kejuaraan Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFT) 2024 dikedudukan kelima baru-baru ini terus menggandakan kedudukan menerusi Muhammad Hadi Mohamad pada minit kesembilan untuk memimpin separuh masa pertama.

Pemain Malaysian Universiti meraikan jaringan ketika menentang PDRM FC pada perlawanan Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pada Rabu. Foto Bernama
Pemain Malaysian Universiti meraikan jaringan ketika menentang PDRM FC pada perlawanan Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pada Rabu. Foto Bernama

Separuh masa kedua, Cops kendalian bekas pemain dan pengendali Selangor, P Maniam memperkemaskan permainan meningkatkan tekanan terhadap benteng University Tigers.

Bagaimanapun usaha jentera penyudah Cops untuk mengurangkan defisit gagal dijelmakan selain percubaan dinafikan palang gol pasukan pelawat.

MUFT kemudian melebarkan lagi kedudukan apabila pemain pertahanan gantian Muhammad Zharif Nazhan Refli melengkapkan kemenangan bergaya pasukannya dengan jaringan minit ke-93 masa kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan itu menyaksikan MUFT mengesahkan slot suku akhir akan menanti pemenang perlawanan antara penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kelantan Darul Naim FC yang berlangsung secara timbal balik pada 28 Jun dan 4 Julai ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!