MUFT takkan beri PDRM laluan mudah di Selayang

Zahrul Nizam Zamri (kiri) antara taruhan MUFT berdepan PDRM di Selayang pada Rabu.
Zahrul Nizam Zamri (kiri) antara taruhan MUFT berdepan PDRM di Selayang pada Rabu.
A
A
A

PENGALAMAN kempen Kejuaraan Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFT) 2024 menjadi motivasi kepada Malaysia University Football Team (MUFT) apabila berdepan PDRM FC dalam Pusingan 16 Piala FA di Stadium Selayang pada Rabu.

Malah pengendali The University Tigers, Ridzuan Abu Shah menyifatkan pemain-pemain Liga A1 Semi-Pro itu teruja untuk menampilkan aksi terbaik di pentas tahap dua kejuaraan Liga Malaysia tersebut.

Katanya, pemain-pemain MUFT juga sudah lama menanti peluang beraksi menentang kelab yang mempunyai nama besar di pentas kompetitif seperti Piala FA ini.

MUFT akan menyingkap cabaran Piala FA berdepan PDRM.
MUFT akan menyingkap cabaran Piala FA berdepan PDRM.

“Pentas Piala FA merupakan satu peluang untuk pasukan yang diperkuatkan dalam kalangan pemain-pemain berstatus penuntut membuktikan kemampuan mereka selain pendedahan kepada pasukan yang akan mengharungi Liga A1 Semi-Pro.

“PDRM FC antara kelab besar Liga Super diperkuatkan lima pemain import. Ya, sedikit sukar dengan reputasi PDRM, namun kami jamin tampilkan yang terbaik dengan DNA gaya bola sepak MUFT,” katanya kepada Sukan Sinar sambil mahu setiap anak buahnya memanfaatkan peluang beraksi di pentas Piala FA.

PIALA FA 2024/25

PUSINGAN 16 TERBAIK

Artikel Berkaitan:

RABU (12 JUN)

PDRM FC lwn Malaysia Football University Team

(Stdm Selayang, 8.15 malam)

JUMAAT (14 JUN)

Kuala Lumpur City lwn Kuching City

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, 6.30 petang)

Kedah Darul Aman FC lwn Bukit Tambun FC

(Stdm Darul Aman, 9 malam)

Sri Pahang lwn Penang FC

(Stdm Temerloh, 8.15 malam)

Terengganu FC lwn Perak FC

(Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 mlm)

SABTU (15 JUN)

Selangor FC lwn Negeri Sembilan FC

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 5.30 petang)

Sabah FC lwn Kuala Lumpur Rovers FC

(Stdm Likas, 8.15 malam)

Johor Darul Ta’zim lwn Kelantan Darul Naim FC

(Stdm Sultan Ibrahim, 9.15 malam)

* Tarikh, venue, masa tertakluk pindaan Liga Bolasepak Malaysia

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!