Puluhan pekerja India maut dalam kebakaran bangunan di Kuwait

Pasukan keselamatan Kuwait menjalankan pemeriksaan di bangunan yang terbakar, di bandar Mangaf, selatan Kuwait, pada Rabu. Foto AFP
Pasukan keselamatan Kuwait menjalankan pemeriksaan di bangunan yang terbakar, di bandar Mangaf, selatan Kuwait, pada Rabu. Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Puluhan pekerja India terbunuh dan ramai lagi cedera dalam kebakaran sebuah bangunan kediaman di Kuwait pada Rabu.

Kebakaran itu berlaku pada sebelah pagi di bangunan yang menempatkan kira-kira 200 pekerja, kebanyakannya warga India, di kawasan Mangaf, selatan Bandaraya Kuwait, menurut laporan media Kuwait.

"Sangat terkejut dengan berita kejadian kebakaran di Bandaraya Kuwait. Dilaporkan lebih daripada 40 kematian dan lebih 50 orang telah dimasukkan ke hospital.

Duta kita telah pergi ke lokasi kejadian. Kami sedang menunggu maklumat lanjut," kata Menteri Luar India, Subrahmanyam Jaishankar.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Luar India, Randhir Jaiswal berkata, Kirti Vardhan Singh, seorang Timbalan Menteri Luar "segera berlepas ke Kuwait untuk menyelia bantuan kepada mereka yang cedera dalam tragedi kebakaran dan untuk menyelaraskan dengan pihak berkuasa tempatan bagi penghantaran pulang jenazah mereka yang terkorban dalam insiden malang ini."

Sekurang-kurangnya 43 yang cedera dirawat di beberapa hospital, menurut satu laporan dari Kuwait.

Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Dalam Negeri Kuwait, Sheikh Fahd Al Yousef, dan pegawai lain melawat lokasi kebakaran.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran

Artikel Berkaitan:

Kira-kira dua pertiga daripada 4.8 juta penduduk Kuwait terdiri daripada penduduk asing dan jumlah warga India adalah kira-kira satu juta. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!