Kes Zayn Rayyan: Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jadi tumpuan

Orang ramai dan pengamal media berkumpul di luar bangunan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes reman ibu bapa kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang dibunuh.

A
A
A

PETALING JAYA - Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini pada Rabu menjadi tumpuan orang ramai termasuk pengamal media yang berkumpul di luar bangunan sejak awal pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes reman ibu bapa kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang dibunuh.

Kompleks itu dikawal ketat pihak berkuasa dan hanya memberi kebenaran masuk kepada pihak yang mempunyai urusan.

Pihak media kelihatan berada di kawasan ini sejak jam 7.30 pagi.

Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Orang ramai dan pengamal media berkumpul di luar bangunan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes reman ibu bapa kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang dibunuh.
Orang ramai dan pengamal media berkumpul di luar bangunan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung kes reman ibu bapa kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang dibunuh.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, ibu bapa kanak-kanak malang tersebut, ditahan reman selama 13 hari bermula 1 Jun lalu bagi membantu siasatan.

Pada Jumaat lalu, suasana di luar mahkamah kecoh apabila ahli keluarga kepada ibu bapa Zayn Rayyan menjerit dan melaungkan kata-kata semangat kepada pasangan itu antaranya"Jangan jadi kambing hitam, Isma Zain be strong, ini semua fitnah”.

Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dikawal ketat pihak berkuasa dan hanya membenarkan pihak yang mempunyai urusan sahaja.
Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dikawal ketat pihak berkuasa dan hanya membenarkan pihak yang mempunyai urusan sahaja.

Datuk kanak-kanak itu, Zahari Mohd Reba turut sama hadir bersama ahli keluarganya berkumpul di luar mahkamah dan memegang kain rentang bertulis ‘Keadilan untuk Zaim, Isma serta keadilan buat Zayn Rayyan’.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!