Tular video dua termasuk kanak-kanak dirempuh melintas secara tiba-tiba

.Dua mangsa dirempuh kenderaan apabila tiba-tiba melintas di Jalan Leila menghala pekan Tanah Merah, Sandakan.
.Dua mangsa dirempuh kenderaan apabila tiba-tiba melintas di Jalan Leila menghala pekan Tanah Merah, Sandakan.
A
A
A

SANDAKAN - Seorang kanak-kanak dan wanita melintas jalan secara tiba-tiba dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Leila menghala pekan Tanah Merah dekat sini pada Isnin.

Kejadian itu tular di media sosial menerusi satu video berdurasi satu minit dipercayai daripada rakaman kamera papan pemuka kenderaan terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Supritenden K Ramasamy mengesahkan pihaknya ada menerima laporan melibatkan kemalangan sebuah kereta yang telah terlanggar dua pejalan kaki.

"Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku pada jam 8.59 pagi Isnin semasa pemandu kenderaan jenis Perodua Bezza yang datang dari arah bandar Sandakan menuju rumahnya di Kampung Gas.

"Semasa melalui Jalan Leila telah terlanggar seorang wanita dan seorang budak lelaki yang berlari melintas jalan secara tiba-tiba.

"Pemandu tidak sempat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat dan akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa telah terjatuh di atas jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit telah turun dan membantu membawa mangsa ke hospital Sandakan untuk mendapatkan rawatan.

"Kedua-dua mangsa telah menerima rawatan dan hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mereka tidak mengalami kecederaan yang serius dan hanya mengalami luka calar di bahagian anggota badan.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-duanya dibenarkan pulang pada jam lebih kurang 3 petang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!