Penjawat awam direman disyaki terima rasuah urus permohonan tanah

Suspek berusia 30-an diiring pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah.
Suspek berusia 30-an diiring pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang penjawat awam direman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai dorongan menguruskan permohonan tanah di Negeri Sembilan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret, Syed Mohd Farid Syed Ali di Mahkamah Majistret Sivil di sini pada Selasa selepas permohonan reman dibuat.

Reman terhadap suspek bermula hari ini hingga 17 Jun.

Menurut sumber, suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM10,000 sebagai dorongan menguruskan permohonan tanah di Negeri Sembilan.

Dia ditahan pada jam 6.40 petang pada Selasa ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!