'Tolong saya, motosikal buat cari rezeki hilang'

Pelayar Twitter meminta bantuan ramai mencari motosikalnya hilang di Aeon AU2 Setiawangsa malam tadi.
Pelayar Twitter meminta bantuan ramai mencari motosikalnya hilang di Aeon AU2 Setiawangsa malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pelayar Twitter dikenali Pablo meminta netizen membantunya mencari motosikalnya yang hilang di kawasan parkir pusat beli belah Aeon AU2 Setiawangsa malam tadi.

Menurutnya, motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah bernombor plat kenderaan WRX8038 hilang pada jam 10.30 malam.

Katanya, motosikal itu amat berharga buatnya dan digunakan untuk mencari rezeki.

"Assalamualaikum, minta jasa baik kamu semua kalau ada nampak motosikal ini tolong bagitahu saya.

"Minta tolong sangat-sangat motosikal buat cari rezeki," katanya.

Dia juga merayu dan meminta pertolongan netizen untuk ulang kongsi statusnya agar sampai kepada pihak yang mencuri motosikalnya.

"Ni motosikal saya baru hilang tadi. Mintak ulang kongsi (retweet) sampai jumpa orang itu," katanya.

Dalam pada itu, netizen turut bersimpati atas apa menimpa lelaki tersebut dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

Artikel Berkaitan:

"Semoga dipermudahkan urusan bro!," ciap NFarhanaJ manakala kata Uncle Dee, "Tolong semua bantu dia."

Sementara itu, netizen juga mengutuk tindakan pencuri itu yang menyifatkan ia perbuatan tidak bermoral dan satu kesalahan.