Kematian keempat akibat korona di Wuhan, China

Gambar fail.
Gambar fail.
A
A
A

BEIJING - Kematian keempat akibat jangkitan korona baharu dilaporkan dii Wuhan, China di mana penularan virus itu bermula, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik pengumuman oleh pihak berkuasa kesihatan Wuhan.

Menurut kenyataan jawatankuasa kesihatan bandar itu, setakat waktu tengah malam Ahad, sejumlah 198 kes korona telah dicatat, 25 orang dibenarkan keluar dari hospital manakala empat lagi meninggal dunia akibat jangkitan virus itu.

Kematian terkini berlaku pada lewat Ahad.

Seorang lelaki warga emas berusia 89 tahun yang meninggal dunia akibat virus itu mula menunjukkan gejala jangkitan pada 13 Januari dan telah dibawa ke hospital pada Sabtu.

Sejumlah 169 orang sedang dirawat dan sembilan daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa kesihatan Wuhan.

Semalam, Suruhanjaya Kesihatan Negara China telah mengesahkan jangkitan manusia kepada manusia yang membabitkan virus korona baharu.

Sebelum ini, virus itu dianggap hanya boleh dijangkiti selepas terdedah kepada haiwan yang sakit.

Laporan yang menyaksikan bahawa orang ramai diuji positif bagi jangkitan korona baharu adalah dari Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan suhu badan telah diperkenal di sesetengah lapangan terbang untuk memantau mereka yang mungkin dijangkiti virus itu, yang menyebabkan sejenis penyakit radang paru-paru. - Bernama