Betul ke Aliff Syukri dah jadi penjaga gol Penang FA?

Paparan Twitter Samuel tular di laman sosial. Gambar kanan: Aliff Syukri
Paparan Twitter Samuel tular di laman sosial. Gambar kanan: Aliff Syukri
A
A
A

WAJAH penjaga gol pasukan Penang FA, Samuel Jacob Somerville mendapat perhatian ramai apabila netizen menyamakan wajahnya mirip jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Perkara itu dikongsi oleh seorang pelayar Twitter, Hisyam Aziz dengan nada berseloroh menyatakan Aliff Syukri kini penjaga gol Penang FA.

Mendapat lebih 10,800 ulang kongsi dari netizen, status itu mendapat balasan ringkas daripada Samuel dengan memberitahu, ia bukan kali pertama dirinya dikaitkan dengan jutawan kosmetik berkenaan.

Di ruangan komen, wajah serupa mereka membuatkan netizen menyangka mereka adalah pasangan kembar.

Bukan itu sahaja, netizen dalam nada bergurau mengatakan beruntung memiliki kembar jutawan di Malaysia dan Somerville dengan selamba memberi respon ‘berharap mempunyai jumlah yang sama di dalam akaun bank’.

Kata Razin, “Saya rasa nak ketawa, tetapi memang muka mereka sama.”

Tambah Boo_chi pula, “Aliff Syukri junior! hahahaa.”

Somerville kelahiran Brackmell England, sebelum ini menjadi penjaga gol buat pasukan simpanan Johor Darul Takzim (JDT) sekitar tahun 2015 hingga 2019.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, lelaki berusia 26 tahun itu mulakan langkah kanan mengambil keputusan menyertai pasukan Penang FA tahun lalu.