MetMalaysia keluar nasihat lekukan tropika

Ribut itu bergerak ke arah utara dengan kelajuan tiga kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 56 km/j. Gambar hiasan
Ribut itu bergerak ke arah utara dengan kelajuan tiga kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 56 km/j. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (b) pada jam 9.20 pagi yang dikesan berlaku pada latitud 19.0 utara dan longitud 112.2 timur, kira-kira 235 kilometer ke timur laut Hainan, China.

Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memberitahu, ribut itu bergerak ke arah utara dengan kelajuan tiga kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 56 km/j.

Menurut kenyataan itu lagi jarak Lekukan Tropika (b) dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,437 kilometer ke barat laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia setakat ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!