Hannah Yeoh 'terpaling suci' berdepan kritikan - KJ

 Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dilihat 'terpaling suci' sewaktu menjadi pembangkang kini berdepan dengan kritikan keras daripada pelbagai pihak.

Khairy Jamaluddin berkata, watak beliau yang 'morally superior' menyebabkan kes tersebut mendapat perhatian ramai.

"Jadi bila isu pemberian kontrak Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) oleh kerajaan Selangor kepada syarikat milik bersama suaminya, saya rasa bukan hanya penyokong Perikatan Nasional (PN) malah ahli Pakatan Harapan (PH) juga agak keras terhadap beliau.

"Bayangkan kalau benda ini berlaku beberapa tahun lepas saya rasa tidak cukup jalan raya di Malaysia ini untuk berguling," katanya menerusi podcast Keluar Sekejap.

Tambah Khairy Jamaluddin, jika sebelum ini beliau tidak menunjukkan secara jelas sikap moral yang tinggi dalam menentang kronisme perkara tersebut mungkin akan reda.

"Masalahnya pendirian beliau sangat 'sanctimonius' pada suatu ketika dahulu seolah-olah hanya Barisan Nasional (BN) sebuah parti kapitalisme kroni masa itu.

"Maaf saya cakap pemimpin PH yang suka mempamerkan moral dia adalah Hannah Yeoh," katanya.

Terdahulu, Exco Selangor, Ng Sze Han, menyatakan Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, adalah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis DRT.

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua syarikat itu juga sudah mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Mobility ialah suami Hannah, Ramachandran Muniandy.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!