Galven Green, Ervin Chang sahut cabaran PKNS Selangor Masters

Amirudin Shari (enam, kanan) bersama penaja-penaja ketika sidang media PKNS Selangor Masters dan Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor di Kelab Seri Selangor, Petaling Jaya pada Khamis.
Amirudin Shari (enam, kanan) bersama penaja-penaja ketika sidang media PKNS Selangor Masters dan Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor di Kelab Seri Selangor, Petaling Jaya pada Khamis.
A
A
A

DUA pemain negara, Galven Green dan Ervin Chang mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Golf PKNS Selangor Masters 2024 yang akan membuka tirai pada 19 hingga 22 Jun ini di Kelab Golf Seri Selangor (KGSS) di sini.

Selain itu, penyandang juara Ho Yu Cheng dari Taiwan serta wakil negara dan bekas juara 2022 Shahriffudin Ariffin dijangka berentap dalam kejohanan yang menawarkan wang tunai AS$175,000 ( RM823,725) itu.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berharap kejohanan yang menawarkan mata ADT Order of Merit itu akan menyaksikan pemain Malaysia yang berada dalam kelompok 10 terbaik pada hujung tahun ini mampu memperolehi slot Jelajah Asia 2025.

Sebagai rekod hanya dua pemain negara telah memenangi Selangor Masters iaitu Ben Leong pada 2008 dan Shahriffuddin pada 2022 di mana kedua-dua acara itu diadakan di KGSS.

Ervin sebelum ini pernah menamatkan kemarau 21 tahun Malaysia apabila melakukan kejutan dengan menghadiahkan emas menerusi acara individu di Sukan SEA Hanoi 2021.

Sementara itu, satu lagi Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Selangor yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 Jun ini menarik lebih 100 peserta berumur antara 12 dan 18 tahun dalam acara individu dan berpasukan bagi kategori lelaki dan perempuan.

“Kejohanan remaja ini menyediakan platform bagi bakat muda tempatan menguji diri menentang beberapa pemain terbaik serantau.

“...seorang pemain terbaik dari negeri Selangor bagi kejohanan golf remaja itu akan ditaja kerajaan negeri Selangor memasuki Sekolah Antarabangsa Melaka UUM,” kata Amirudin.

Artikel Berkaitan:

Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Selangor dijangka akan disertai pemain dari Korea Selatan, China, India, Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura, Australia, Bangladesh, Taiwan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pemenang individu lelaki akan dijemput menyertai PKNS Selangor Masters, acara profesional yang mendapat pengiktirafan bersama Jelajah Pembangunan Asia (ADT) dan Jelajah Toyota.