Perpaduan parti komponen agenda utama konvensyen BN Johor

Ahmad (depan) mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor sebagai persiapan penganjuran Konvensyen BN Johor.
Ahmad (depan) mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor sebagai persiapan penganjuran Konvensyen BN Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Konvensyen pertama Barisan Nasional (BN) Johor yang akan diadakan pada 8 Jun ini, akan memberi tumpuan kepada perpaduan dalam kalangan komponen parti.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata konvensyen turut akan membincangkan usaha bagi mengekalkan Johor sebagai deposit tetap BN sebagaimana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Menurut beliau, konvensyen dihadiri lebih 1,000 peserta itu dijangka dirasmikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha BN, Datuk Zambry Abdul Kadir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

"Konvensyen BN Johor akan memberi tumpuan mengenai perpaduan sesama parti iaitu MIC, MCA dan UMNO selain Friends of BN.

"Kita juga turut bincangkan bagaimana hendak kekalkan kemenangan 40 daripada 56 kerusi yang dimenangi BN pada PRN 2022 dan merampas empat kerusi pembangkang (Perikatan Nasional).

"Selain itu, isu pengundi muda, pendidikan akan disentuh serta ekonomi selain wakil MIC, MCA dan UMNO Johor diberi ruang membentangkan pandangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor sebagai persiapan penganjuran Konvensyen BN Johor.

Hadir sama, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman serta Ketua Penerangan UMNO Johor dan Bendahari UMNO Johor, Datuk Zulkarnain Kamisan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor berkata, penyerahan resolusi Konvensyen BN Johor juga akan diserahkan kepada kepimpinan utama parti.

"Penyerahan watikah lantikan untuk Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN untuk 26 bahagian Johor juga akan dilaksanaka ketika konvensyen.

"Kita juga akan menjemput semua ahli yang berminat mendengar ucapan-ucapan penting oleh pemimpin utama ketika Konvensyen yang bertemakan Melayari bahtera perjuangan, menakhoda negara bangsa," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!