X

Kindly register in order to view this article
!

KKM kumpul data jumlah pesakit dijangkiti influenza

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Data daripada semua fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkaitan sedang dikumpul bagi mengenal pasti bilangan mereka yang dijangkiti influenza A (H1N1) di seluruh negara sehingga ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia akan mengambil sedikit masa memandangkan H1N1 hanya penyakit bermusim dan tidak perlu dinotifikasi.

“Kami memerlukan sikit masa untuk kumpul semua data dan maklumat daripada semua fasiliti KKM malah daripada Kementerian Pendidikan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Hospital Tunku Azizah di sini yang disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di sini, hari ini.

Hospital Tunku Azizah sebelum ini dikenali sebagai Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur.

Beliau mengulas laporan media mengenai jangkitan itu terbaru dilaporkan berlaku di Sabah dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) merekodkan 12 murid sekolah rendah dijangkiti H1N1 pada Jumaat lepas.

Dr Dzulkefly berkata, sebarang kenyataan berhubung H1N1 akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!