Barcelona pertaruh aura Flick kembalikan kegemilangan

Hansi Flick
Hansi Flick
A
A
A

GERGASI La Liga, Barcelona telah melantik bekas pengendali pasukan Jerman dan pengurus Bayern Munich, Hansi Flick sebagai ketua jurulatih dengan kontrak dua tahun, kata kelab Sepanyol pada Rabu.

Flick, yang tidak pernah menguruskan kelab sejak dipecat Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB) pada September 2023, akan ditugaskan untuk menghidupkan semula nasib Barcelona selepas pasukan Catalan itu gagal memenangi sebarang trofi musim ini di bawah kendalian Xavi Hernandez, yang dipecat pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan, kelab itu berkata ia telah memilih seorang pengendali yang terkenal dengan gaya permainan tekanan tinggi, sengit dan berani yang membawanya meraih kejayaan besar di peringkat kelab dan antarabangsa, menang hampir semua yang ada untuk menang dalam dunia bola sepak.

Barcelona menyerlahkan kejayaan pengendali Jerman berusia 59 tahun itu semasa musim 2019/20 menerajui Bayern, apabila memenangi enam trofi - Bundesliga, Piala Jerman, Liga Juara-Juara, Piala Super Jerman, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab.

Sebagai rekod, Xavi dipecat minggu lalu selepas musim tanpa trofi ketika Barca menamatkan saingan 10 mata di belakang juara Real Madrid, tewas dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol kepada musuh ketat mereka itu dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara oleh Paris Saint- Germain dalam aksi lapan terakhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!