11 PATI tak sempat 'balik' kampung

Antara PATI yang ditahan berdekatan Pantai Tanjong Rhu, Telok Panglima Garang di sini pada Rabu.
Antara PATI yang ditahan berdekatan Pantai Tanjong Rhu, Telok Panglima Garang di sini pada Rabu.
A
A
A

KUALA LANGAT - Tindakan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai cuba keluar secara tidak sah dari negara ini tidak berjaya apabila ditahan berdekatan Pantai Tanjong Rhu, Telok Panglima Garang di sini pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintenden Sufian Amin berkata, maklumat diterima berkaitan sekumpulan warga asing didapati berada dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan.

Antara PATI yang ditahan berdekatan Pantai Tanjong Rhu, Telok Panglima Garang pada Rabu.
Antara PATI yang ditahan berdekatan Pantai Tanjong Rhu, Telok Panglima Garang pada Rabu.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dan pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kemudiannya digerakkan ke lokasi pada jam 12.30 pagi.

"Pemeriksaan mendapati kesemua warga asing berumur tujuh hingga 51 tahun itu terdiri dua lelaki, empat wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Lokasi kesemua PATI ditemui dalam keadaan mencurigakan sebelum diberkas polis pada Rabu.
Lokasi kesemua PATI ditemui dalam keadaan mencurigakan sebelum diberkas polis pada Rabu.

Katanya, semakan dijalankan turut mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

"Siasatan awal dijalankan mendapati kesemua PATi ini mengaku ingin keluar dari negara ini melalui jalan laut secara haram.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua mereka kemudiannya direman 14 hari di bawah Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!