X

Kindly register in order to view this article
!

Amanah tolak rancangan bawa Pas sertai kerajaan

Salahuddin Ayub
A
A

PETALING JAYA - Parti Amanah Negara (Amanah) menolak jika wujudnya gerakan atau rancangan untuk membawa Pas menyertai kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tiada faktor besar yang memerlukan kerajaan membuat keputusan sedemikian biarpun negara menyaksikan beberapa siri kekalahan PH pada pilihan raya kecil (PRK) lepas.

Menurutnya, kemenangan BN itu tidak dianggap pelik kerana menyifatkan kawasan dimenangi parti lawan itu sebagai kawasan kubu kuat BN.

"Kita tidak buat keputusan di atas satu dua perkara yang berlaku dan tidak ambil sesuatu faktor untuk buat keputusan yang besar. Tidak pelik Barisan Nasional (BN) menang sebab dua tempat ini kubu kuat BN.

"Belum ada faktor besar untuk merombak muafakat yang ada pada hari ini. Dengan pencapaian yang agak sederhana sepanjang tempoh 20 bulan, kita boleh terus lakukan demi rakyat," pada sidang media selepas merasmikan Pusat Pemprosesan Unclean Raw Birdnest di Netfarm International Sdn Bhd di sini hari ini.