[VIDEO] Hujan batu sebesar bola golf badai Canberra

Foto: Twitter Tamsin Rose
Foto: Twitter Tamsin Rose
A
A
A

CANBERRA - Ribut dan hujan batu membadai beberapa kawasan di New South Wales (NSW) mengakibatkan banyak kerosakan fizikal terhadap kemudahan berlaku selain puluhan kereta rosak dan banjir.

Menerusi laporan ABC, hujan batu sebesar bola golf dan angin kencang sehingga kelajuan mencecah 116 kilometer sejam telah melanda kawasan Canberra.

Lebih daripada 1,000 rumah mengalami gangguan bekalan elektrik dilaporkan di Florey, Griffith, Deakin dan Kambah termasuk kawasan pinggir bandar di seluruh wilayah.

Sejak tengah hari, pihak berkuasa Australia telah menerima lebih daripada 1,200 penduduk yang meminta bantuan ekoran terdapat masyarakat mengalami kecederaan akibat ribut tersebut.

Foto: ABC
Foto: ABC

Kawasan yang paling banyak menghubungi talian kecemasan termasuklah Belconnen.

Sebuah helikopter juga membuat tinjauan udara bagi memastikan jumlah kerosakan dialami penduduk selain melaporkan kawasan mana terjejas.

Di laman sosial, tular beberapa rakaman klip video dan gambar memaparkan kejadian tersebut hingga mendatangkan kebimbangan dalam kalangan penduduk.

Artikel Berkaitan:

Netizen menyifatkan kejadian itu paling buruk selepas kebakaran melanda Australia baru-baru ini.