Dunia lihat Malaysia, negara aman damai - Mohd Na'im

Mohd Na'im
Mohd Na'im
A
A
A

KUANTAN - Dunia sentiasa melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, damai dan hidup dengan penuh kerukunan berpaksikan fiqh at-ta’ayush.

Fiqh at-ta'ayush ialah fikah dalam hubungan sosial dan interaksi antara masyarakat yang berbeza etnik dan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata, ini dibuktikan melalui kerjasama kerajaan dengan Liga Dunia Islam yang berpusat di Arab Saudi dalam menganjurkan Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 dan Majlis Ulama’ Asia 2024.

"Melalui kedua-dua persidangan tersebut, ia telah menyerlahkan lagi kesungguhan negara Malaysia khususnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa agenda kesatuan dan perpaduan demi keamanan dunia.

"Oleh yang demikian, marilah bersama seluruh umat Islam untuk menghayati dan mengaplikasikan intipati al-Quran yang menyeru kepada perpaduan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tilawah & Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi, di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah pada Selasa.

Majlis penutup MTHQK disempurnakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah.

Mohd Na'im berkata, setiap individu perlu membawa watak penyatu yang menghamparkan permaidani kasih sayang.

Artikel Berkaitan:

Justeru, ujarnya, jangan sesekali membawa karakter pemecah belah yang menabur nista dan memarak api amarah.

"Sebagai masyarakat yang kasih kepada watan, sudah pasti, kita tidak akan tergamak untuk melihat masyarakat saling berantakan dan bermusuhan.

" Inilah tugas kita semua untuk menyebar nilai-nilai mahmudah yang terkandung di dalam risalah Al-Quran," jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd Na'im mengucapkan tahniah kepada 29 peserta Tilawah Al-Quran dan 81 orang peserta Hafazan Al-Quran yang telah menyertai majlis kali ini.

Jelasnya, semua peserta telah memberikan persembahan terbaik dan bacaan sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!