Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS

Pada 6 petang Selasa, ringgit meningkat kepada 4.6890/6910 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6940/6990 pada Isnin. Foto hiasan
Pada 6 petang Selasa, ringgit meningkat kepada 4.6890/6910 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6940/6990 pada Isnin. Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa kerana pelabur masih berhati-hati dengan prospek ekonomi global menjelang pengumuman data inflasi utama Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan pada minggu ini, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6890/6910 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6940/6990 pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit kekal stabil hari ini manakala Indeks Dolar AS (DXY) jatuh 0.09 peratus kepada 104.505 mata.

Beliau berkata, tumpuan peserta pasaran telah beralih ke arah tolok inflasi pilihan Rizab Persekutuan (Fed) - data indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi teras yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

"Oleh itu, ini menjelaskan sikap berhati-hati dalam kalangan peserta pasaran kerana pegawai Fed bertegas dalam mengekalkan pendirian mereka untuk mengekalkan kadar faedah yang stabil bagi menurunkan inflasi ke arah zon sasaran dua peratus," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan itu meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9876/9890 daripada penutup Isnin pada 2.9919/9953 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.1002/1024 daripada 5.1005/1059 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia susut berbanding pound Britain kepada 5.9897/9923 daripada 5.9881/9945 sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Ringgit juga mempamerkan prestasi yang lebih baik berbanding mata wang di kebanyakan negara-negara Asean.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4785/4802 daripada 3.4799/4838 pada penutup Isnin, naik berbanding baht Thailand kepada 12.7975/8089 daripada 12.8132/8321 semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 291.3/291.6 daripada 292.0/292.5.

Bagaimanapun, ia jatuh berbanding peso Filipina kepada 8.09/8.10 daripada 8.08/8.09 semalam. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!