X

Kindly register in order to view this article
!

Karim terima kekalahan dengan hati terbuka

Kenyataan Karim berhubung kekalahan beliau dalam PRK Kimanis, Sabtu lalu.
A
A

SHAH ALAM – Calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang menerima kekalahan beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis kelmarin dengan hati terbuka.

Ahli politik berusia 67 tahun itu menghargai 10,677 pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau.

“Terima kasih juga kepada jentera parti dari seluruh Sabah dan jentera Pakatan Harapan (PH) yang bertungkus-lumus selama ini bagi memastikan kemenangan.

“Bagaimanapun kemenangan tidak berpihak kepada kita. Walaupun pahit untuk kita telan namun saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook beliau malam tadi.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin atas kemenangannya.

Mohamad mengalahkan Karim dengan majoriti 2,029 undi sekali gus mempertahankan kerusi yang dikuasai bekas parti kerajaan itu selama tiga penggal.

PRK Kimanis diadakan berikutan keputusan mahkamah membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen itu berikutan kewujudan unsur luar aturan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus