Diserang sawan ketika goreng pisang, peniaga melecur terkena minyak panas

Edy Anuar kini ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur. Foto ihsan pembaca
Edy Anuar kini ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur. Foto ihsan pembaca
A
A
A

NILAI - Seorang lelaki melecur 30 peratus apabila terkena minyak panas dari kuali yang terjatuh selepas diserang sawan ketika sedang berniaga di Taman Desa Cempaka di sini.

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu berlaku Rabu lalu ketika Edy Anuar Mahmud, 39, sedang menggoreng pisang di gerainya.

Menceritakan kejadian malang itu, bapa kepada seorang anak itu berkata, serangan sawan yang berlaku secara tiba-tiba menyebabkan dia terjatuh lalu terkena kuali minyak panas.

"Kemudiannya minyak panas itu tertumpah dan terkena ke atas saya dari paras pinggang hingga bahagian muka sebelah kanan.

"Kejadian itu turut disaksikan isteri, pekerja dan beberapa pelanggan yang sedang datang di gerai kami," katanya dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Edy Anuar mengalami lecuran 30 peratus dan akan menjalani pembedahan bagi membuang kulit mati Khamis ini. Foto ihsan pembaca
Edy Anuar mengalami lecuran 30 peratus dan akan menjalani pembedahan bagi membuang kulit mati Khamis ini. Foto ihsan pembaca

Menurutnya, dia tidak pasti apa yang terjadi selepas insiden terbabit kerana berada dalam keadaan separuh sedar.

Bagaimanapun katanya, isteri memberitahu telah cuba mengurangkan rasa panas dialami dengan menjirus air dan ais batu sebelum menghubungi ambulans.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, dia sememangnya mempunyai penyakit sawan, namun itu kali pertama menyerangnya ketika sedang berniaga.

"Saya dah lama tak kena sawan ini dan dah enam bulan tak makan ubat, tak sangka pula ia tiba-tiba menyerang semula.

"Saya kini ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur dan alami lecuran 30 peratus. Doktor beritahu Khamis ini saya perlu jalani pembedahan bagi membuang kulit mati," katanya.

Ujian berganda buat Edy apabila dua hari selepas itu bapa isterinya pula meninggal dunia dan itu membuatkan isterinya dalam keadaan sedikit tertekan.

Bagaimanapun katanya, dia reda dengan ujian dihadapi dan mengharapkan doa orang ramai agar dipermudahkan segala urusannya.

Bagi sesiapa yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh salurkan kepada akaun isterinya Nordila Dolmat di Ambank 8881049455736.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!