Tular pengantin lelaki bersanding pakai kostum Ultraman

Tangkap layar video pengantin lelaki bersanding mengenakan kostum Ultraman Taro tular di TikTok.
Tangkap layar video pengantin lelaki bersanding mengenakan kostum Ultraman Taro tular di TikTok.
A
A
A

SHAH ALAM – Tular di media sosial video pengantin lelaki bersanding memakai kostum Ultraman Taro iaitu watak adiwira popular Jepun.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @redrangerspenang, pengantin lelaki itu dilihat mengenakan kostum berkenaan ketika sedang berarak menuju ke pelamin bersama isterinya.

Pengantin perempuan pula manis mengenakan pakaian songket tradisional Melayu.

Setakat jam 4 petang Selasa, video tersebut ditonton sebanyak 4.6 juta kali, mendapat 291,900 tanda suka, 21,300 komen dan dikongsi lebih 182,100 kali.

Gelagat pengantin berkenaan mengundang pelbagai respons netizen namun kebanyakannya meninggalkan komen yang lucu dan mencuit hati.

“Selamat pengantin baru Ultraman Taro. Tak pernah orang buat kahwin pakai kostum Ultraman,” tulis Puteri Balqis Shah.

“Mesti nanti anak dia tengok gambar kahwin mak ayah gelak berdekah sebab ayah dia obses sangat dengan Ultraman,” kata Iman berjenaka.

Melalui video asal yang dikongsikan pengantin lelaki tersebut di akaun @ziesenin98 pula, dia mengakui memilih untuk mengenakan kostum terbabit kerana dia dan isterinya minat terhadap watak adiwira siri televisyen berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Pengantin lelaki itu turut meluahkan rasa syukur kerana kedua-dua belah keluarga menyokong minat mereka dan mengadakan majlis luar biasa tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Selamat pengantin baharu Ultraman Taro! Tular di media sosial video pengantin lelaki bersanding memakai kostum Ultraman Taro iaitu watak adiwira popular Jepun. Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @redrangerspenang, pengantin lelaki itu dilihat mengenakan kostum berkenaan ketika sedang berarak menuju ke pelamin bersama isterinya. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Tular #Viral #Kahwin #Nikah #Pengantin #Pelamin #Kostum #Ultraman #Adiwira

original sound - Sinar Harian